Wednesday, December 21, 2011

Kesilapan Semasa Guna Wordpress Blog

Saya nak kongsikan satu pengalaman iaitu semasa menggunakan wordpress dalam menulis blog untuk digunakan dalam IM. Sudah lama saya buat blog tersebut tetapi masih tidak dapat lihat hasil kerana tidak ramai pengunjung. Saya cuba cari dalam search engine, google sama ada jumpa tak blog tersebut namun tiada dalam search engine.

Lepas tu baru la teringat akan plugin dalam wordpress tu. Plugin asas je tapi sering diabaikan menyebabkan susah untuk kita dikenali oleh search engine. Nak tau apa nama plugin tu.... XML Sitemap. Haa...
Saya guna "Simple Google Sitemap" kalo tak silap. Lepas instal, saya terus ke laman google web master tool  untuk masukkan url blog tersebut dan sekali dengan sitemap. Kemudian saya cuba search salah satu petikan artikel saya tulis tu, barulah muncul.

Bukan plugin ini sahaja yang penting, tapi banyak lagi plugin-plugin yang lebih penting dan sangat sesuai untuk blog anda dikenali search engine. Boleh la cari dalam google....

No comments:

Post a Comment