Wednesday, February 15, 2012

Panduan Ringkas Memilih Web Hosting

Pembelian nama domain dan host laman web atau blog adalah jalan terbaik untuk memberi kebebasan anda dalam menulis blog mahupun membangunkan website. Cuma terdapat beberapa kriteria yang penting dalam memilih syarikat web hosting bagi memastikan perjalanan website anda lancar tanpa sebarang masalah.

Kebiasaan terdapat 4 perkara utama yang penting dalam memilih web hosting iaitu

1) Saiz
Disk Space ataupun saiz ruangan untuk kegunaan website anda. Ianya penting jika anda gunakan untuk upload gambar dan video ataupun sebarang file yang banyak. Jika hanya untuk blogging biasa ianya sudah memadai yang kecil ruangan storage.

2) Bandwidth
Bandwidth merupakan antara yang terpenting bagi memastikan website anda berjalan. Saiz bandwidth yang besar adalah perlu jika blog ataupun website anda mempunyai jumlah pelawat yang ramai setiap hari.

3) Harga
Pastikan harga yang dipilih adalah berpatutan. Sebaiknya sila buat kajian terlebih dahulu dengan membandingi servis yang ditawarkan pada pembekal web hosting lain.

4) Servis Selepas Jualan/Sokongan
Bantuan sokongan dan teknikal diperlukan jika anda menghadapi masalah pada masa akan datang. Pembekal web hosting terbaik adalah yang menawarkan bantuan/sokongan terbaik kepada anda apabila berdepan dengan masalah.

Perkara lain adalah seperti kandungan/applikasi yang perlu bagi memudahkan pembinaan website ataupun blog seperti kemudahan pemasangan script, blog seperti wordpress, joomla, forum dan sebagainya. Biasanya kebanyakan web hosting menyediakan kemudahan ini percuma seperti "fantastico de luxe" dan  "softaculous" dalam Cpanel anda.

Post yang akan datang saya akan memberi senarai pembekal web hosting di Malaysia dan Luar Negara serta servis yang ditawarkan bagi membantu anda membuat pemilihan.

Panduan dalam pemilihan domain, hosting serta penggunaan Cpanel bagi yang baru nak mula boleh tengok "Panduan Cpanel" ni. 
Anda akan diajar :
  • Cara memilih dan mendapatkan web hosting yang sesuai pada harga yang murah
  • Cara mendapatkan domain name dan setting DNS server untuk domain tersebut
  • Cara membuat emel anda sendiri dan menggunakannya dengan Gmail atau Microsoft Outlook
  • Cara membuat emel "autoresponder" dan "forwarder" untuk mengendalikan emel anda
  • Cara menggunakan SpamAssassin™ untuk menghalang emel SPAM dari masuk inbox
  • Menggunakan FileManager™ untuk muat turun dan mengubahsuai file atau folder anda
  • Membuat subdomain dan add-on domain untuk menjimatkan kos hosting
  • Cara menggunakan Fantatico untuk membina blog WordPress dan forum percuma
  • Dan lain-lain lagi.
 Baca Selanjutnya...

No comments:

Post a Comment