Monday, March 12, 2012

Mahu Cari Idea Dan Inspirasi Dalam Menulis Artikel Ataupun Blog Post

Jika kita perhatikan dalam internet ni memang banyak sangat blog-blog dari pelbagai jenis dan fesyen sama ada yang aktif mahupun yang tersadai begitu saja. Banyak juga blog yang berunsurkan peribadi seperti blog yang hanya berceritakan berkenaan diri mereka saja dan diari. Banyak juga blog yang hanya mengambil hasil penulisan dari blog lain dan menggunakan istilah "sharing is caring" haha... Memang betul la, semakin ramai share maka semakin ramai yang boleh tahu lebih-lebih lagi perihal dakwah pasti si penulis itu dapat banyak pahala. Cuma mereka tukang sharing tu seeloknya bagi la kredit kat blog tersebut, dengan meletakkan link sumber dari mana ambil artikel tersebut.

Penulis-penulis ni sudah pasti banyak maklumat dalam otak beliau tu sebab tu la rajin tulis blog ni. Banyak je idea yang dia dapat, ntah dari mana tak tau. Bagi blogger-blogger amatur ni cuma dapat cari dari blog orang lain je, jika artikel tu hebat mulalah nak share ataupu yang lebih upgrade lagi mereka mendapat idea dari situ. Saya pun biasa dapat idea dari melawat blog-blog orang lain jugak.

Satu lagi teknik nak dapat idea dalam menulis blog ni adalah dengan menaip kat search engine, google la biasanya. Bila taip "resepi  " mula lah keluar suggesstion dari google tu seperti resepi kek, resepi puding. resepi nasik ayam dan sebagainya. Cuba lah buat pasti tidak kering idea nak menulis tu. Tu salah satu nak cari kata kunci sebenarnya sebab ramai yang pernah mencari kata kunci tersebut.

No comments:

Post a Comment