Sunday, February 12, 2012

Dari Mana Idea Datang Untuk Tulis Blog

Bagi penulis blog tegar sudah pasti banyak idea-idea korang semua yea... Dari mane korang semua dapat idea-idea tulis artikel dalam blog tu? Saya rasa idea-idea itu datang tak tentu masa dan ketika cuma sama ada idea itu dibiarkan berlalu dan terus lupa ataupun memang tak ada mood untuk semua ni.



Saya dan blogger-blogger yang tak berapa ada mood nak menulis ni memang sangat la susah nak dapat idea untuk update daalam blog ni. Sama ada susah nak cari idea ataupun masa nak mengeluarkan idea tu tidak sesuai. Sebenarnya idea boleh muncul secara tiba-tiba sekiranya kita tenang dan fokus. Ada yang idea muncul ketika berkelah, ada yang ketika baca buku, ketika makan dan sebagainya. Saya pula muncul ketika tengah mandi. Biasalah, air paip turun dari atas kepala slow-slow masa tu lah jiwa tenang dan banyak idea-idea masuk. Cuma apa yang menjadi sedihnya adalah setelah selesai mandi tu, terus lupa.

Pernak ketika mandi, saya bercadang nak tulis semua idea-idea yang timbul ni ke damal blog sebab ianya sangat berguna dan menarik. Malangnya setelah selesai mandi terus lupa, bukan lupa nak tulis idea tersebut, tapi lupa nak updated blog. Jadi idea tu membazir je keluar. Kesian... Ehhh.. Sekian...

No comments:

Post a Comment