Showing posts with label Blogging. Show all posts
Showing posts with label Blogging. Show all posts

Monday, March 12, 2012

Mahu Cari Idea Dan Inspirasi Dalam Menulis Artikel Ataupun Blog Post

Jika kita perhatikan dalam internet ni memang banyak sangat blog-blog dari pelbagai jenis dan fesyen sama ada yang aktif mahupun yang tersadai begitu saja. Banyak juga blog yang berunsurkan peribadi seperti blog yang hanya berceritakan berkenaan diri mereka saja dan diari. Banyak juga blog yang hanya mengambil hasil penulisan dari blog lain dan menggunakan istilah "sharing is caring" haha... Memang betul la, semakin ramai share maka semakin ramai yang boleh tahu lebih-lebih lagi perihal dakwah pasti si penulis itu dapat banyak pahala. Cuma mereka tukang sharing tu seeloknya bagi la kredit kat blog tersebut, dengan meletakkan link sumber dari mana ambil artikel tersebut.

Penulis-penulis ni sudah pasti banyak maklumat dalam otak beliau tu sebab tu la rajin tulis blog ni. Banyak je idea yang dia dapat, ntah dari mana tak tau. Bagi blogger-blogger amatur ni cuma dapat cari dari blog orang lain je, jika artikel tu hebat mulalah nak share ataupu yang lebih upgrade lagi mereka mendapat idea dari situ. Saya pun biasa dapat idea dari melawat blog-blog orang lain jugak.

Satu lagi teknik nak dapat idea dalam menulis blog ni adalah dengan menaip kat search engine, google la biasanya. Bila taip "resepi  " mula lah keluar suggesstion dari google tu seperti resepi kek, resepi puding. resepi nasik ayam dan sebagainya. Cuba lah buat pasti tidak kering idea nak menulis tu. Tu salah satu nak cari kata kunci sebenarnya sebab ramai yang pernah mencari kata kunci tersebut.

Thursday, February 16, 2012

Jom Cari Keyword

Entah kenapa hari ini aku rasa nak buat research carian keyword. Keyword yang terpilih hari ini adalah "perniagaan internet".

Mula-mula kita cuba cari kat google dulu. Taip perniagaan internet tengok web mana yang duk ranking 1.
1. rajakamil.biz
2. www.rahsiainternet.com
3. hasbulaqill.com
4. faisalbiz.com
5. www.perniagaaninternet.com
6. perniagaaninternet101.com
7. www.maynetwork.net
8. www.ohmasyuk.com
9. www.smartusaha.com
10. www.monakas.com

Haha.... 

Wednesday, February 15, 2012

Panduan Ringkas Memilih Web Hosting

Pembelian nama domain dan host laman web atau blog adalah jalan terbaik untuk memberi kebebasan anda dalam menulis blog mahupun membangunkan website. Cuma terdapat beberapa kriteria yang penting dalam memilih syarikat web hosting bagi memastikan perjalanan website anda lancar tanpa sebarang masalah.

Kebiasaan terdapat 4 perkara utama yang penting dalam memilih web hosting iaitu

1) Saiz
Disk Space ataupun saiz ruangan untuk kegunaan website anda. Ianya penting jika anda gunakan untuk upload gambar dan video ataupun sebarang file yang banyak. Jika hanya untuk blogging biasa ianya sudah memadai yang kecil ruangan storage.

2) Bandwidth
Bandwidth merupakan antara yang terpenting bagi memastikan website anda berjalan. Saiz bandwidth yang besar adalah perlu jika blog ataupun website anda mempunyai jumlah pelawat yang ramai setiap hari.

3) Harga
Pastikan harga yang dipilih adalah berpatutan. Sebaiknya sila buat kajian terlebih dahulu dengan membandingi servis yang ditawarkan pada pembekal web hosting lain.

4) Servis Selepas Jualan/Sokongan
Bantuan sokongan dan teknikal diperlukan jika anda menghadapi masalah pada masa akan datang. Pembekal web hosting terbaik adalah yang menawarkan bantuan/sokongan terbaik kepada anda apabila berdepan dengan masalah.

Perkara lain adalah seperti kandungan/applikasi yang perlu bagi memudahkan pembinaan website ataupun blog seperti kemudahan pemasangan script, blog seperti wordpress, joomla, forum dan sebagainya. Biasanya kebanyakan web hosting menyediakan kemudahan ini percuma seperti "fantastico de luxe" dan  "softaculous" dalam Cpanel anda.

Post yang akan datang saya akan memberi senarai pembekal web hosting di Malaysia dan Luar Negara serta servis yang ditawarkan bagi membantu anda membuat pemilihan.

Panduan dalam pemilihan domain, hosting serta penggunaan Cpanel bagi yang baru nak mula boleh tengok "Panduan Cpanel" ni. 
Anda akan diajar :
  • Cara memilih dan mendapatkan web hosting yang sesuai pada harga yang murah
  • Cara mendapatkan domain name dan setting DNS server untuk domain tersebut
  • Cara membuat emel anda sendiri dan menggunakannya dengan Gmail atau Microsoft Outlook
  • Cara membuat emel "autoresponder" dan "forwarder" untuk mengendalikan emel anda
  • Cara menggunakan SpamAssassin™ untuk menghalang emel SPAM dari masuk inbox
  • Menggunakan FileManager™ untuk muat turun dan mengubahsuai file atau folder anda
  • Membuat subdomain dan add-on domain untuk menjimatkan kos hosting
  • Cara menggunakan Fantatico untuk membina blog WordPress dan forum percuma
  • Dan lain-lain lagi.
 Baca Selanjutnya...

Sunday, February 12, 2012

Dari Mana Idea Datang Untuk Tulis Blog

Bagi penulis blog tegar sudah pasti banyak idea-idea korang semua yea... Dari mane korang semua dapat idea-idea tulis artikel dalam blog tu? Saya rasa idea-idea itu datang tak tentu masa dan ketika cuma sama ada idea itu dibiarkan berlalu dan terus lupa ataupun memang tak ada mood untuk semua ni.



Saya dan blogger-blogger yang tak berapa ada mood nak menulis ni memang sangat la susah nak dapat idea untuk update daalam blog ni. Sama ada susah nak cari idea ataupun masa nak mengeluarkan idea tu tidak sesuai. Sebenarnya idea boleh muncul secara tiba-tiba sekiranya kita tenang dan fokus. Ada yang idea muncul ketika berkelah, ada yang ketika baca buku, ketika makan dan sebagainya. Saya pula muncul ketika tengah mandi. Biasalah, air paip turun dari atas kepala slow-slow masa tu lah jiwa tenang dan banyak idea-idea masuk. Cuma apa yang menjadi sedihnya adalah setelah selesai mandi tu, terus lupa.

Pernak ketika mandi, saya bercadang nak tulis semua idea-idea yang timbul ni ke damal blog sebab ianya sangat berguna dan menarik. Malangnya setelah selesai mandi terus lupa, bukan lupa nak tulis idea tersebut, tapi lupa nak updated blog. Jadi idea tu membazir je keluar. Kesian... Ehhh.. Sekian...

Wednesday, December 21, 2011

Kesilapan Semasa Guna Wordpress Blog

Saya nak kongsikan satu pengalaman iaitu semasa menggunakan wordpress dalam menulis blog untuk digunakan dalam IM. Sudah lama saya buat blog tersebut tetapi masih tidak dapat lihat hasil kerana tidak ramai pengunjung. Saya cuba cari dalam search engine, google sama ada jumpa tak blog tersebut namun tiada dalam search engine.

Lepas tu baru la teringat akan plugin dalam wordpress tu. Plugin asas je tapi sering diabaikan menyebabkan susah untuk kita dikenali oleh search engine. Nak tau apa nama plugin tu.... XML Sitemap. Haa...
Saya guna "Simple Google Sitemap" kalo tak silap. Lepas instal, saya terus ke laman google web master tool  untuk masukkan url blog tersebut dan sekali dengan sitemap. Kemudian saya cuba search salah satu petikan artikel saya tulis tu, barulah muncul.

Bukan plugin ini sahaja yang penting, tapi banyak lagi plugin-plugin yang lebih penting dan sangat sesuai untuk blog anda dikenali search engine. Boleh la cari dalam google....

Monday, December 5, 2011

Pindah Blogger Follower Ke Wordpress Blog


Bagi pengguna blogger.com ataupun blogspot blog ni pasti sayang untuk tinggalkan blog ini jika ingin beralih ke wordpress. Bagi pengguna web hosting mesti ingin pasang wordpress sebagai medium blog mereka dan sayang dengan bilangan follower yang sudah ramai. Follower di blogspot boleh dipindahkan ke akaun wordpress, ikut langkah di bawah ni.

Step 1 : Login email akaun yang sama dengan blogspot anda tu.
Step 2 : Buka laman ni http://www.google.com/friendconnect/